SEKTOR TENAGA

TERAS 1: MENINGKATKAN 20% CAMPURAN KAPASITI TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) MENJELANG 2025

INISIATIF 2 (1.2): PELAKSANAAN ENHANCED NET ENERGY METERING (NEM) DAN SOLAR LEASING

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan campuran TBB dalam bekalan elektrik negara melalui pemasangan sistem solar PV di bumbung premis bangunan.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Tenaga Boleh Baharu (RE)
JABATAN/AGENSI
  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
  • Kerajaan Negeri
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Menyediakan garis panduan
1 Garis Panduan pelaksanaan Enhanced Net Energy Metering (NEM) dan Solar Leasing disiapkan
  1. Membangunkan direktori pelabur solar
1 Sesi libat urus bersama pemegang taruh berkaitan untuk membangunkan laman direktori
  1. Mempromosikan dan meningkatkan kesedaran mengenai NEM one-to-one dan Supply Agreement of Renewable Energy (SARE)
1 Sesi promosi dan kempen kesedaran telah diadakan. Ini melibatkan:
  • Promosi media sosial
  • Microsite
  • Taklimat
  • Rencana
  1. Memastikan projek sebanyak 60MW mencapai Tarikh Operasi Komersial
10MW daripada 15MW yang disasarkan telah mencapai Tarikh Operasi Komersial