SEKTOR TENAGA

TERAS 1: MENINGKATKAN 20% CAMPURAN KAPASITI TENAGA BOLEH BAHARU (TBB) MENJELANG 2025

INISIATIF 3 (1.3): PELAKSANAAN LARGE SCALE SOLAR 3 (LSS-3)

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan campuran TBB dalam bekalan elektrik negara melalui pelaksanaan projek TBB berskala besar untuk menjana TBB dengan kadar tarif yang kompetitif.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Tenaga Boleh Baharu (RE)
JABATAN/AGENSI
  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
  • Kerajaan Negeri
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Memulakan proses pembidaan
1 proses bidaan dimulakan
  1. Melaksanakan kajian mengenai RE Grid Parity
Kajian disasarkan selesai pada suku tahun keempat
  1. Memastikan 330MW dari projek LSS 1 dan LSS 2 mencapai Tarikh Operasi Komersial
301MW daripada 82.5MW yang disasarkan pada suku tahun pertama telah mencapai Tarikh Operasi Komersial
  1. Kajian semula projek LSS1 dan LSS2 di Sabah yang telah dianugerahkan
Pelaksanaan penilaian dan analisis