SEKTOR TENAGA

TERAS 2: MENCAPAI 8% PENJIMATAN MELALUI KECEKAPAN TENAGA MENJELANG 2025

INISIATIF 7 (2.1): MEMPERLUAS PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN KECEKAPAN TENAGA NEGARA (NATIONAL ENERGY EFFICIENCY ACTION PLAN (NEEAP)) 2016-2025

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (National Energy Efficiency Action Plan (NEEAP)) 2016-2025 adalah satu strategi berkesan dan menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan tenaga di sektor industri, komersial dan domestik. Pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah NEEAP akan menghasilkan faedah sosio-ekonomi, mengurangkan kebergantungan ke atas bahan api fosil melalui amalan penggunaan tenaga secara berhemah dan seterusnya dapat menjimatkan penggunaan tenaga negara. Di samping itu, inisiatif ini turut menyumbang kepada komitmen Kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon sehingga 45% menjelang 2030.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
  • Bahagian Tenaga Lestari (TL)
JABATAN/AGENSI
  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
  • Malaysia Green Technology Corporation (MGTC)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM)
  • Jabatan Kerja Raya
  • SME Association (dahulu dikenali sebagai SMI Association)
  • Malaysia Association of Energy Service Companies (MAESCO)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Kajian Separuh Penggal NEEAP selepas pelaksanaan Fasa 1 (2016-2019)
Disasarkan 4 pelaksanaan bengkel sesi libat urus bersama pemegang taruh pada suku tahun kedua, ketiga dan keempat
  1. Retrofit di Bangunan Kerajaan
Disasarkan 8 pelaksanaan bilangan pembangunan yang diretrofit pada suku tahun keempat
  1. Pemantauan Pelaksanaan Langkah-Langkah Penjimaan Tenaga di Industri dan Bangunan Komersial
Disasarkan 105 GWj penjimatan terkumpul daripada pelaksanaan langkah-langkah penjimatan tenaga oleh Industri dan Bangunan Komersial yang mendapat Geran Audit Tenaga Bersyarat pada suku tahun keempat
  1. Garis Panduan Mengenai Cogeneration
Penyediaan Garis Panduan pada suku tahun keempat
  1. Pelabelan Building Energy Intensity (BEI) bagi 100 Bangunan Kerajaan
Pelaksanaan pelabelan sebanyak 100 bangunan disasarkan siap pada suku tahun keempat