SEKTOR TENAGA

TERAS 2: MENCAPAI 8% PENJIMATAN MELALUI KECEKAPAN TENAGA MENJELANG 2025

INISIATIF 8 (2.2): MERANGKA AKTA KECEKAPAN TENAGA DAN KONSERVASI (ENERGY EFFICIENCY AND CONVERSATION ACT (EECA))

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Penggunaan tenaga dengan cekap menerusi pengurusan permintaan (demand-side management) telah diamalkan di kebanyakan negara lain di dunia bagi menangani isu keselamatan bekalan tenaga dan perubahan iklim. Selain melaksanakan usaha pengawalan penggunaan tenaga dengan lebih cekap dan efisien, Malaysia perlu memperkukuhkan kerangka perundangan berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga bagi memastikan keterlibatan secara menyeluruh di pelbagai peringkat institusi dan organisasi. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menggubal Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan tenaga dengan cekap.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Tenaga Lestari (TL)
JABATAN/AGENSI
  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
  • Malaysia Green Technology Corporation (MGTC)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Kementerian-Kementerian, Persatuan-Persatuan dan NGO Berkaitan
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Sesi konsultasi dengan pemegang taruh (stakeholders engagement)
Pelaksanaan sesi libat urus bersama pemegang taruh disasarkan pada suku tahun ketiga
  1. Penggubalan RUU EECA
Pelaksanaan penggubalan RUU EECA disasarkan pada suku tahun ketiga
  1. Penerbitan Thermal Energy (Equipment & System) Performance Guide
Penerbitan Thermal Energy (Equipment & System) Performance Guide
disasarkan pada suku tahun ketiga