SEKTOR STI

TERAS 1: MEMPROMOSIKAN STI

INISIATIF 20 (1.1): MINGGU SAINS NEGARA

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Minggu Sains Negara bertujuan mempromosikan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi kepada rakyat. Ia merupakan platform bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia dan kemajuan Negara. Tema Minggu Sains Negara pada tahun ini adalah “Sains Untuk Kesejahteraan”. Tema ini dipilih kerana ia memberi mesej dan kesedaran betapa sains dan teknologi memainkan peranan yang besar dan penting dalam mencapai kesejahteraan Negara dan Rakyat secara keseluruhannya. Iaitu dalam aspek ekonomi, sosial dan kelestarian persekitaran. Jumlah sasaran yang terlibat dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan ialah seramai 1 juta pengunjung.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan (PSTI)
JABATAN/AGENSI
  • Pusat Sains Negara (PSN)
  • Malaysia Green Technology Corporation (MGTC)
  • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA)
  • Planetarium Negara
  • Malaysia Technology Development Corporation (MTDC)
  • Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
  • Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Malaysia Space Agensi (MySA)
  • Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia)
  • Technology Park Malaysia (TPM)
  • Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
  • Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)
  • NanoMalaysia Berhad (NMB)
  • Akademi Sains Malaysia (ASM)
  • Yayasan Hijau (YaHijau)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Semua Kerajaan Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Pelaksanaan Minggu Sains Negara Fasa 1
Dilaksanakan dari 1 hingga 7 April 2019 secara serentak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Jumlah engagement dicapai Fasa 1 ialah 156,675 orang
  1. Pelaksanaan Minggu Sains Negara Fasa 2
Fasa kedua akan dilaksanakan pada 2 hingga 8 Ogos 2019 secara serentak di negeri-negeri lain.