SEKTOR STI

TERAS 1: MEMPROMOSIKAN STI

INISIATIF 21 (1.2): PENDIDIKAN ESTECC DI SEKOLAH

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Pendidikan ESTECC di Sekolah merupakan satu daripada inisiatif bagi menarik minat pelajar terhadap STEM (Science, Technology, Engineering Mathematics). Ia juga berperanan sebagai platform pendedahan ilmu ke arah memilih aliran pendidikan serta kerjaya terutama dalam bidang sains dan teknologi. Inisiatif ini adalah jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan Agensi Kerajaan (agensi di bawah MESTECC dan di bawah Kementerian lain). Sasaran peserta program Pendidikan ESTECC di Sekolah ialah seramai 1,000,000 orang melibatkan pelajar sekolah rendah/ menengah di seluruh negara.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan (PSTI)
JABATAN/AGENSI
  • Pusat Sains Negara (PSN)
  • Planetarium Negara
  • Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
  • Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia)
  • Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
  • Malaysia Space Agensi (MySA)
  • Institut-institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM)
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Yayasan Hijau (YaHijau)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Semua Kerajaan Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Penajaan kenderaan dan kandungan pameran Pusat Sains Bergerak
813 daripada 1,000 kenderaan pusat sains bergerak ditaja oleh syarikat
  1. Peserta ESTECC Education In School
38,922 peserta yang terlibat dalam ESTECC Education In School