SEKTOR STI

TERAS 2: MENGUKUHKAN TADBIR URUS

INISIATIF 23 (2.2): PENGGABUNGAN AGENSI MESTECC

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Penggabungan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bertujuan bagi memperkukuhkan pembangunan sektor Angkasa Negara selaras dengan Dasar Angkasa Negara dan Pelan Rasionalisasi Perkhidmatan Awam. Penggabungan tersebut akan membentuk sebuah institusi penyelidikan kerajaan yang akan dinamakan sebagai Agensi Angkasa Malaysia (MySA).
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T (TSA)
JABATAN/AGENSI
  • Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
  • Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Penggabungan antara Agensi Remote Sensing Malaysia dan Agensi Angkasa Negara
Kelulusan penggabungan telah diperoleh bulan Februari 2019. Penstrukturan semula disasarkan selesai pada suku tahun ketiga dan seterusnya MySA dapat beroperasi sepenuhnya sebagai 1 entiti