SEKTOR STI

TERAS 3: MENYATUKAN EKOSISTEM S&T

INISIATIF 26 (3.1): MEWUJUDKAN PLATFORM RANGKAIAN KERJASAMA (KERAJAAN, AKADEMIA, INDUSTRI DAN ORANG AWAM)

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Platform Rangkaian Kerjasama adalah merupakan kerjasama secara ‘quadruple helix’ yang melibatkan kerajaan, akademia, industri dan masyarakat sivil yang boleh merapatkan jurang inovasi dalam rantaian bekalan dan nilai untuk kepentingan bersama pelbagai pihak. Objektif utamanya ialah untuk mewujudkan satu platform yang boleh menggalakkan penghasilan R&D yang dapat digunakan oleh industri secara kompetitif kerana didorong oleh permintaan.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Data Strategik dan Teknologi Masa Hadapan (FT)
JABATAN/AGENSI
Akademi Sains Malaysia (ASM)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)
  • Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
  • Kementerian Perdagangan Dan Perusahaan (MITI)
  • Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
  • SME Corp
  • Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE)
  • COE/ ICOE
  • Industri
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pusat Penyelidikan
  • Badan Profesional
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Mengenal pasti ekosistem sedia ada termasuk pusat kecemerlangan sedia ada dalam bidang-bidang khusus
10 mesyuarat telah diadakan untuk mengenal pasti ekosistem sedia ada termasuk pusat kecemerlangan sedia ada dalam bidang-bidang khusus
  1. Sesi Libat Urus Dengan Pihak Berkepentingan (Quadruple Helix) Ke Arah Pengkongsian Visi Dan Keberhasilan Pihak Berkepentingan
Sesi penglibatan bersama agensi dan institut penyelidikan awam serta swasta disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Mengenal pasti keperluan dan kehendak pihak industri
Pengenalpastian keperluan dan kehendak pihak industri disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Mengenal pasti dan mengadakan sesi libat urus dengan rakan strategik yang berpotensi
Pelaksanaan sesi libat urus dengan rakan strategik disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Pembangunan mekanisme untuk mewujudkan platform rangkaian kerjasama
Pembangunan mekanisme untuk mewujudkan platform rangkaian kerjasama disasarkan pada suku tahun ketiga
  1. Mewujudkan platform rangkaian kerjasama
Platform Rangkaian Kerjasama disasarkan wujud pada suku tahun keempat
  1. Pemantauan terhadap kemajuan platform, mengenalpasti jurang dan membuat penambahbaikan sekiranya diperlukan
Pelaksanaan laporan pemantauan terhadap kemajuan platform, mengenalpasti jurang dan membuat penambahbaikan sekiranya diperlukan disasarkan pada suku tahun keempat