SEKTOR STI

TERAS 3: MENYATUKAN EKOSISTEM S&T

INISIATIF 27 (3.2): PERKONGSIAN PENYELIDIK BERSAMA INDUSTRI: RESEARCHER-INDUSTRY SCIENTIFIC EXCHANGE (RISE)

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Platform perkongsian 100 kepakaran penyelidik MESTECC kepada industri bagi meningkatkan inovasi & produktiviti industri serta pembangunan kapasiti bagi kedua-dua pihak. Kaedah perkongsian adalah melalui melalui penyelidikan dan pembangunan, pemindahan teknologi, konsultansi dan latihan. Program ini berperanan untuk membantu industri menggunapakai teknologi terkini, bertujuan meningkatkan keupayaan inovasi dan produktiviti melalui penambahbaikan sistem dan proses. Selain itu, program ini turut memanfaatkan khidmat kepakaran penyelidik bagi menyelesaikan masalah di industri serta membangunkan kapasiti penyelidik melalui pendedahan kepada keperluan sebenar di industri. program ini mempunyai tiga mekanisme penempatan penyelidik iaitu penempatan secara sepenuh masa, penempatan secara tidak sepenuh masa dan penempatan secara gabungan yang mana kos penempatan akan dibiayai oleh Kerajaan.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan (PSTI)
JABATAN/AGENSI
  • Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
  • Malaysia Space Agency (MYSA)
  • Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia)
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
  • Pusat Sains Negara (PSN)
  • Planetarium Negara
  • Lembaga Perlesenan Tenaga Atam (LPTA)
  • Inistitut-Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM)
  • Technology Park Malaysia (TPM)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)
  • Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
  • Kementerian Perdagangan Dan Perusahaan (MITI)
  • Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
  • SME Corp
  • Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE)
  • COE/ ICOE
  • Industri
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pusat Penyelidikan
  • Badan Profesional
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Menjalin kerjasama dengan pihak industri
Sesi engagement bersama agensi atau badan berkaitan SME telah dilaksanakan
  1. Penyediaan garis panduan program
Garis panduan program telah siap dan diedarkan kepada Jabatan/Agensi
  1. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu RISE
Jawatankuasa Pemandu RISE peringkat Kementerian telah ditubuhkan
  1. Pembangunan Sistem Permohonan Dalam Talian
Sistem permohonan dalam talian selesai dibangunkan
  1. Sistem Permohonan Dalam Talian Selesai Dibangunkan
10 Mesyuarat Pelaksanaan Inisiatif RISE Bersama Ketua Jabatan/Agensi terlibat telah dilaksanakan
  1. Pembangunan Pelan Promosi
Mesyuarat Bersama Unit Komunikasi Korporat bagi pembangunan Pelan Promosi telah dilaksanakan
  1. Promosi Melalui Laman Web Rasmi Dan Media Sosial
Promosi melalui laman web rasmi dan media sosial disasarkan pada suku tahun keempat
  1. Penubuhan Jawatankuasa Teknikal RISE
Penubuhan Jawatankuasa Teknikal RISE disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Penempatan 100 Penyelidik
Penempatan 100 Penyelidik disasarkan pada suku tahun kedua, ketiga dan keempat
  1. Laporan Kepada Jawatankuasa Pemandu RISE
Pembentangan laporan pemantauan dan pencapaian disasarkan pada suku tahun kedua, ketiga dan keempat