SEKTOR STI

TERAS 3: MENYATUKAN EKOSISTEM S&T

INISIATIF 31 (3.6): PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Penubuhan pusat ini adalah sebagai fasilitator kepada pembekal teknologi dan pencari teknologi merapatkan jurang cabaran dari makmal ke pasaran untuk produk / teknologi R & D yang dibiayai oleh kerajaan. Kajian Penilaian Ekosistem Pemindahan Teknologi di Malaysia perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti dan mengetahui kedudukan semasa aktiviti pemindahan teknologi negara.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Pengkomersialan
JABATAN/AGENSI
  • Technology Park Malaysia (TPM)
  • Persatuan Pengurus Inovasi & Teknologi (ITMA)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Institusi Penyelidikan (RI)
  • Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Negeri Dan Pengguna (KPDNKK)
  • Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Pejabat Pemindahan Teknologi (TTO)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Penilaian Ekosistem Pemindahan Teknologi Kebangsaan
Sesi libat urus Bersama pemegang taruh akan dilaksanakan pada pada suku tahun kedua bagi menilai status semasa pelaksanaan ekosistem pemindahan teknologi (PT) dalam negara.
  1. Cadangan untuk Sistem Pemindahan Teknologi Negara (Penyediaan Memorandum Jemaah Menteri)
Laporan mengenai status PT serta Memorandum Jemaah Menteri disasarkan siap pada suku tahun ketiga tahun 2019.