SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 1: MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN

INISIATIF 38 (1.1): MENINGKATKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
  • Meningkatkan tindakan penguatkuasaan premis yang dilesenkan di bawah Seksyen 18 (1) AKAS 1974 (kilang kelapa sawit, kilang getah dan kemudahan pengolahan buangan terjadual) dan premis tidak dilesenkan di bawah AKAS 1974 (industri pembuatan, kemudahan pengolahan kumbahan)
  • Inisiatif ini adalah untuk menutup 100 kilang kitar semula bahan buangan plastik di seluruh negara pada akhir bulan Mac 2019
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
JABATAN/AGENSI
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Kerajaan Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Industri
  • Premis
  • Operator Loji Kumbahan
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Meningkatkan Tindakan Penguatkuasaan - Pematuhan 95%
    • 100% pemeriksaan premis yang dilesenkan oleh JAS melibatkan 2,800 pemeriksaan (700 setiap suku tahunan)
    • 100% pemeriksaan premis yang tidak dilesenkan oleh JAS melibatkan 12,800 pemeriksaan (3,200 setiap suku tahunan)
    • Environmental Mainstreaming Tools (EMT) - Sasaran 70% daripada 911 premis yang ditetapkan Melibatkan jumlah sebanyak 637 premis (7/7 EMT) dan CAC
    • Sesi engagement dengan sektor perindustrian tertentu sekurang-kurangnya dua kali setahun
  • 573 daripada 700 pemeriksaan premis yang dilesenkan telah dilaksana
  • 2,745 daripada 3,200 pemeriksaan premis yang tidak dilesenkan telah dilaksana
  • 627 premis telah dicapai pada suku tahun pertama.
  • Sesi libat urus dengan sektor perindustrian disasarkan pada suku tahun kedua sehingga suku tahun ketiga
  1. Penguatkuasaan Ke Atas 100 Premis Kitar Semula Sisa Plastik Haram
    • Jawatankuasa untuk pasukan petugas ditubuhkan pada awal Januari untuk memantau tindakan penguatkuasaan yang diambil
    • Penguatkuasaan bersepadu dengan agensi yang berkaitan
    • JAS Negeri memulakan pasukan petugas untuk premis kitar semula plastik haram
    • Sesi libat urus dengan EXCO Alam Sekitar, Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (mengikut kesesuaian Negeri yang berkaitan)
  • Jawatankuasa untuk pasukan petugas telah ditubuhkan
  • 4 penguatkuasaan bersepadu dengan agensi yang berkaitan telah dilaksanakan
  • Pasukan petugas untuk premis kitar semula plastik haram dimulakan
  • Sesi libat urus dengan EXCO Alam Sekitar, Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri disasarkan pada suku tahun kedua dan ketiga