SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 1: MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN

INISIATIF 39 (1.2): MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN PEMBAKARAN TERBUKA JOHAN SETIA

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Ke arah Pembakaran Terbuka Sifar dan Mencegah Jerebu Setempat
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
JABATAN/AGENSI
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kerajaan Negeri Selangor
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
  • Jabatan Pertanian (DOA)
  • Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  • Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN)
  • Pejabat Daerah dan Tanah
  • Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  • Jabatan Meteorologi Malaysia
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Pengawasan udara dengan menggunakan dron akan dijalankan seminggu sekali (8 bulan x 4 kali = 32 kali)
4 Pemantauan menggunakan drone telah dijalankan
  1. Rondaan darat 2 kali sehari untuk mencegah pembakaran terbuka di Johan Setia (30 hari x 2 rondaan)
60 Rondaan darat telah dijalankan untuk mencegah pembakaran terbuka di Johan Setia
  1. Pelaksanaan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Johan Setia
Laporan pelaksanaan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Johan Setia (PTPTJS) telah disediakan
  1. Memastikan bekalan air adalah mencukupi bagi pemadaman kebakaran
2 telaga tiub disasarkan akan dibina di Johan Setia pada suku tahun kedua
  1. Pelaksanaan program kesedaran: Mewujudkan Komuniti Pencegahan Pembakaran Terbuka Johan Setia untuk meningkatkan kesedaran awam di peringkat komuniti di sekitar Johan Setia
Pelaksanaan program kesedaran bersama 200 peserta disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Komuniti di sekitar Johan Setia: Program kesedaran di kalangan petani dan agensi berkaitan
Sesi libat urus bersama 285 petani berdaftar disasarkan pada suku tahun kedua