SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 1: MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN

INISIATIF 40 (1.3): MENAMBAH BAIK PROSES EIA

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
  • Pendekatan Secara Holistik Dan Menyeluruh Dengan Mengurangkan Conflict of Interest, Mengamalkan Langkah-langkah Untuk Penilaian Berterusan Dan Hukuman Yang Tegas
  • Untuk menambahbaik proses EIA, satu libat urus Bersama pemegang taruh akan diadakan pada Q1 tahun 2019. Sesi perjumpaan ini akan melibatkan semua pemegang taruh seperti kerajaan persekutuan dan negeri, agensi kerajaan, penggerak projek, jururunding EIA, institut, pertubuhan-pertubuhan kerajaan (NGO) dan orang awam. Objektifnya adalah untuk mendapatkan cadangan dan pendapat daripada semua pemegang taruh mengenai prosedur EIA yang ada sekarang. Penemuan penglibatan pemegang taruh ini akan dianalis dan laporan cadangan penyediaan proses EIA akan dikeluarkan pada Q2 tahun 2019.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
JABATAN/AGENSI
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Pihak yang Meluluskan Projek (Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan)
  • Semua agensi kerajaan teknikal yang berkaitan (JPS, PERHILITAN,, JMG, PBT, PlanMalaysia)
  • Semua Penggerak Projek
  • Semua Jururunding EIA
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Penambahbaikan EIA
    • Pengukuhan prosedur EIA
    • Cadangan penambahbaikan garis panduan EIA mengikut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015
  • Libat urus pemegang taruh telah dilaksanakan. Pembentangan Laporan penemuan daripada sesi libat urus untuk tindakan selanjutnya disasarkan pada suku tahun kedua.
  • 3 Garis panduan EIA disasarkan siap pada suku tahun keempat dengan pelantikan jururunding disasarkan pada suku tahun kedua, sesi libat urus pada suku tahun ketiga dan draf laporan pada suku tahun ketiga.
  1. Pemantauan berterusan pematuhan projek EIA
    • 100 % pemeriksaan penguatkuasaan projek EIA diluluskan melibatkan 1,200 pemeriksaan (300 setiap suku tahunan)
    • Menjalankan audit alam sekitar oleh auditor yang berdaftar dengan JAS.
    • Mengemukakan maklumat mengenai bilangan laporan audit dan pemeriksaan mengejut (Spot check)
    • Penilaian auditor EIA oleh JAS, Penghantaran laporan pengawasan alam sekitar secara atas talian dan Pelaksanaan 7 Environmental Mainstreaming Tools (EMT) disasarkan pada suku tahun keempat.
  • 357 pemeriksaan telah dilakukan pada suku tahun pertama.
  • 83 berbanding 75 sesi audit yang disasarkan telah dilaksanakan.
  • Laporan audit telah dikemukakan kepada pengurusan tertinggi
  • Penilaian auditor EIA oleh JAS, Penghantaran laporan pengawasan alam sekitar secara atas talian dan Pelaksanaan 7 Environmental Mainstreaming Tools (EMT) disasarkan pada suku tahun keempat.
  1. Pelaksanaan denda yang setimpal bagi kesalahan merosakkan alam sekitar
  • 4 daripada 5 kes suku tahun pertama telah dirujuk kepada PUU untuk tindakan Mahkamah
  • Kompaun telah dikenakan terhadap 26 daripada 35 kes yang disasarkan suku tahun pertama
  • Menggubal semula Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dengan jumlah penalti yang baharu disasarkan pada suku tahun keempat.