SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 1: MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN

INISIATIF 43 (1.6): MENINGKATKAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (UDARA BERSIH) 2014

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Memudahcara pihak industri sedia ada untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 yang akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 5 Jun 2019, iaitu setelah tamat tempoh grace period.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
JABATAN/AGENSI
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Industri Utama (MPI)
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Kerajaan Negeri
  • Semua industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014
  • Suruhanjaya Tenaga
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Sesi libat urus (engagement) dengan sektor utama iaitu pihak industri kilang kelapa sawit, stesen janakuasa elektrik dan minyak & gas
Sesi libat urus mengenai maklumat pematuhan semasa telah diadakan bersama 3 sektor utama iaitu kilang kelapa sawit, stesen janakuasa dan minyak & gas
  1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa teknikal bagi pematuhan PUB 2014
2 mesyuarat jawatankuasa teknikal untuk membincangkan cadangan menangani isu pematuhan terhadap PUB 2014 oleh 3 sektor utama telah diadakan
  1. Menyelesaikan isu pematuhan dengan memberi fokus kepada 3 sektor utama
Pembentangan cadangan menangani isu pematuhan terhadap PUB 2014 oleh 3 sektor utama telah dilaksanakan
  1. Mempromosikan supaya sektor industri memaparkan tahap pematuhan kepada umum
5 promosi semasa seminar atau lain-lain sesi awam disasarkan pelaksanaan pada suku tahun kedua
  1. Mempromosi amalan terbaik
Pelaksanaan 5 promosi semasa seminar atau lain-lain sesi awam disasarkan pelaksanaan pada suku tahun kedua