SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 1: MEMPERKUKUH PENGUATKUASAAN

INISIATIF 44 (1.7): MELAKSANAKAN MEKANISMA BAHARU BAGI PENGURUSAN BUANGAN PERALATAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK TERJADUAL (SCHEDULED E-WASTE)

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Ke arah Pelaksanaan Sistem Pengurusan Buangan Peralatan Elektrikal dan Elektronik Terjadual di Malaysia
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI)
JABATAN/AGENSI
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Polis Diraja Malaysia
  • Kerajaan Negeri
  • SIRIM
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
  • Pengilang
  • Pengimport
  • Peruncit
  • Konsesi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
  • Kemudahan pemerolehan kembali (e-waste) yang dilesenkan oleh JAS Persatuan
  • Bukan kerajaan (NGO)
  • Orang awam
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Pembentangan Pelan Tindakan dan Pelan Komunikasi bagi Scheduled E-waste
Pembentangam Pelan Tindakan dan Pelan Komunikasi Scheduled E-waste telah dilaksanakan
  1. Sesi libat urus bersama PUU MESTECC dan PUU JAS
Sesi libat urus bersama PUU MESTECC dan PUU JAS telah dilaksanakan
  1. Penubuhan Sektor Khas (baru) di bawah JAS pada 2019 untuk mengurus dan mengawalselia sistem pengurusan Scheduled E-waste
Keputusan disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Program kesedaran awam
3 program kesedaran awam telah dilaksanakan
  1. Sesi libat urus bersama key players
2 sesi libat urus bersama key players telah dilaksanakan. Sesi libat urus setrusnya disasarkan pada suku tahun kedua dan ketiga.
  1. Kelulusan dari Peguam Negara, Pewartaan Peraturan Baharu dan Laporan Pelaksanaan Pelan Komunikasi
Kelulusan Draf Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Peralatan Elektrikal Dan Elektronik Terjadual) 20xx Oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), pewartaan peraturan dan laporan pelaksanaan Pelan Komunikasi disasarkan pada suku tahun keempat