SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 2: MENINGKATKAN PENGLIBATAN

INISIATIF 49 (2.4): PEMBANGUNAN EKONOMI CIRCULAR ROADMAP (CER)

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Bagi memastikan industri dapat berdaya saing dan pada masa yang sama dapat beralih kepada industri hijau, Kerajaan juga akan memperkenalkan dan melaksanakan Circular Economy Roadmap (CER) bagi barangan plastik termasuk botol PET untuk memastikan pelaksanaan serta penyelesaian yang mampan dan lestari di sepanjang kitaran hayat penggunaan plastik. Sepanjang tahun 2019, MESTECC akan membangunkan rangka kerja CER sebelum CER yang komprehensif dapat diperkenalkan pada tahun 2020 dan dilaksanakan semasa Fasa 2 (2022 – 2025).
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Eko-Inovasi
JABATAN/AGENSI
Malaysia Green Technology Corporation (MGTC)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
  • Kementerian Industri Utama (MPI)
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
  • BioEconomy Corporation
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Yayasan Hijau (YaHijau)
  • SIRIM
  • Universiti
  • Malaysian Plastic Manufacturing Association (MPMA)
  • Malaysian Plastic Recyclers Association (MPRA)
  • Malaysian Retailers Association (MRA)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja CER
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja CER disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Libat Urus bersama pemegang taruh
Libat Urus bersama pemegang taruh disasarkan pada suku tahun ketiga
  1. Menggubal draf rangka kerja interim CER
Menggubal draf rangka kerja interim CER disasarkan pada suku tahun keempat
  1. Pembentangan rangka kerja kepada Pengurusan Tertinggi
Pembentangan rangka kerja kepada Pengurusan Tertinggi disasarkan pada suku tahun keempat