SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 3: MEMUPUK KESEDARAN DAN PENGETAHUAN

INISIATIF 52 (3.2): MENERAJUI AGENDA ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM DI PERINGKAT ANTARABANGSA (PENCEMARAN PLASTIK)

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Memperkukuhkan pendirian negara di platform antarabangsa berkaitan pergerakan sisa plastik haram merentas sempadan. Malaysia mengesyorkan agar instrumen perundangan bagi membanteras pergerakan sisa plastik haram merentas sempadan digubal di peringkat rantau ASEAN. Pendirian ini dinyatakan di pelbagai platform antarabangsa yang dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi MESTECC.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Kawalan Pencemaran
JABATAN/AGENSI
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
  • Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT)
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
  • Kementerian Pengangkutan (MOT)
  • ASEAN Working Group on Coastal and Marine Environment
  • UN Environment Program
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Kehadiran Malaysia di mesyuarat/ platform serantau dan antarabangsa
Malaysia telah hadir di mesyuarat peringkat ASEAN
  1. Menyatakan pendirian negara berhubung isu pergerakan sisa plastik haram merentas sempadan
Pendirian negara berhubung isu pergerakan sisa plastik haram merentas sempadan telah dinyatakan
  1. Memuktamadkan ASEAN Regional Action Pelan on Marine Debris
Pelan telah dimuktamadkan
  1. Kelulusan MJM
    Mewujudkan jawatankuasa antara agensi
Memorandum Jemaah Menteri sedang dalam penyediaan bagi mendapatkan punca kuasa bagi penubuhan jawatankuasa antara agensi