SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 3: MEMUPUK KESEDARAN DAN PENGETAHUAN

INISIATIF 53 (3.3): JERAYAWARA ROADMAP TOWARDS SINGLE-USE PLASTICS

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics, 2018-2030 merupakan satu pelan jangka panjang kerajaan yang dilaksanakan secara berfasa dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia. Pendekatan secara berfasa adalah penting memandangkan banyak aspek yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan Roadmap terutamanya penerimaan rakyat, ketersediaan produk-produk alternatif dan kesan ke atas pemain industri yang terlibat.
Di bawah Fasa 1, Kerajaan melalui Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memperkenalkan caj pencemaran minimum 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikan kepada pengguna di kaunter premis perniagaan tetap. Oleh itu, MESTECC akan menjalankan sesi Roadshow, libat urus dan program CEPA kepada semua Kerajaan Negeri, PBT dan orang awam bagi memberi penerangan mengenai Roadmap ini serta pelaksanaan caj pencemaran dan pelan jangka masa panjang yang akan diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu pencemaran plastik sekali guna.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Eko Inovasi
JABATAN/AGENSI
MGTC, YaHIJAU,
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kerajaan Negeri
  • Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT)
  • Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)
  • Kementerian Industri Utama (MPI)
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
  • SIRIM
  • Bioeconomy Corp
  • Universiti
  • Malaysian Plastic Manufacturing Association (MPMA)
  • Malaysian Plastic Recyclers Association (MPRA)
  • Malaysian Retailers Association (MRA)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Bengkel/mesyuarat bersama kerajaan negeri/pihak berkuasa tempatan/industri untuk berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan caj pencemaran
Sebanyak 2 sesi libat urus telah diadakan. 3 sesi libat urus seterusnya disasarkan pada suku tahun kedua dan ketiga.
  1. Libat urus bersama peruncit
Sebanyak 1 sesi libat urus Bersama 35 peruncit telah diadakan. 1 sesi libat urus seterusnya disasarkan pada suku tahun kedua. Sasaran sepenuhnya adalah seramai 100 orang.
  1. Libat urus bersama pembuat/pengilang/pengeluar produk plastik sekali guna dan pemegang taruh
Sebanyak 1 sesi libat urus Bersama 20 stakeholders telah diadakan. 1 sesi libat urus seterusnya disasarkan pada suku tahun ketiga. Sasaran sepnuhnya adalah seramai 100 orang.
  1. Pelaksanaan program Communication, education and public awareness (CEPA) melalui kerjasama KPKT/JPSPN, kementerian-kementerian lain, NGO dan lain-lain
Sebanyak 3 sesi libat urus Bersama 160 stakeholders telah diadakan. 5 sesi libat urus seterusnya disasarkan pada suku tahun kedua, ketiga dan keemoat. Sasaran keseluruhan peserta adalah seramai 500 orang.