SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 4: MENANGANI PERUBAHAN IKLIM

INISIATIF 54 (4.1): PENUBUHAN PUSAT PERUBAHAN IKLIM KEBANGSAAN

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Pusat Perubahan Iklim Negara (NCCC) akan ditubuhkan bagi mengawal selia dan menyelaras isu-isu berkaitan perubahan iklim negara. NCCC akan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pemantauan inventori gas rumah kaca dan melaksanakan sistem pengukuran, pelaporan dan pengesahan (measurement, reporting and verification – MRV). Pusat ini akan menjadi pusat utama dalam menyelaras tindakan mitigasi adaptasi perubahan iklim, mengakses teknologi, pembiayaan kewangan dan pembangunan kapasiti berkaitan perubahan iklim di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penubuhan NCCC akan memperkukuhkan kerangka institusi selaras dengan obligasi negara di bawah Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Dasar Perubahan Iklim
JABATAN/AGENSI
-
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Kementerian Kewangan (MOF)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Mendapatkan kelulusan dasar penubuhan NCCC
Sesi konsultansi berhubung cadangan penubuhan NCCC telah dilaksanakan. Kertas cadangan bagi mendapatkan kelulusan dasar peringkat tertinggi MESTECC akan diangkat pada suku tahun kedua.
  1. Mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri bagi menubuhkan NCCC
Sesi konsultasi seterusnya disasarkan pada suku tahun kedua manakala penyediaan Memorandum Jemaah Menteri bagi penubuhan NCCC disasarkan siap pada suku tahun ketiga.
  1. Memohon peruntukan bagi penubuhan NCCC di bawah RMKe-12
Permohonan disasarkan dimuktamadkan pada suku tahun keempat.
  1. Mengkaji penyediaan kerangka perundangan bagi NCCC
Penyediaan kerangka perundangan disasarkan siap pada suku tahun keempat.