SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 4: MENANGANI PERUBAHAN IKLIM

INISIATIF 55 (4.2): PEMBANGUNAN PELAN MITIGASI DAN ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Mengenalpasti langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca bagi membantu Malaysia mencapai sasaran Nationally Determined Contribution (NDCs) negara di bawah Perjanjian Paris dan melaksanakan penilaian kerentanan (vulnerability) dan adaptasi perubahan iklim. Pelan mitigasi akan meliputi semua sektor yang menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca iaitu sektor tenaga, pengangkutan, proses industri dan penggunaan produk, pertanian, tukar guna tanah dan perhutanan serta sektor pengurusan sisa manakala tindakan adaptasi akan memfokuskan kepada jaminan sumber air, kesihatan, impak kenaikan aras laut ke atas sosioekonomi dan jaminan sumber makanan.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Dasar Perubahan Iklim & Sektor Tenaga, MESTECC
JABATAN/AGENSI
-
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Kementerian Perusahahan Utama (MPI), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Mengenal pasti senarai tindakan mitigasi sektor tenaga
  • Sesi konsultansi untuk mengenal pasti senarai tindakan mitigasi sektor tenaga telah dilaksanakan
  • Senarai tindakan mitigasi bagi sektor tenaga (elektrik) disasarkan selesai pada suku tahun ketiga
  • Senarai tindakan mitigasi bagi sektor tenaga (pengangkutan) disasarkan selesai pada suku tahun keempat
  1. Mengenal pasti senarai tindakan mitigasi bagi sektor proses industri dan penggunaan produk, pertanian, tukar guna tanah dan perhutanan serta sektor pengurusan sisa
Pelaksanaan sesi konsultansi mengenal pasti senarai tindakan mitigasi bagi sektor proses industri dan penggunaan produk, pertanian, tukar guna tanah dan perhutanan serta sektor pengurusan sisa disasarkan pada suku tahun keempat.