SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 4: MENANGANI PERUBAHAN IKLIM

INISIATIF 56 (4.3): PEMBANGUNAN PELAN MITIGASI DAN ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Mengenalpasti langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca bagi membantu Malaysia mencapai sasaran Nationally Determined Contribution negara di bawah Perjanjian Paris dan melaksanakan penilaian kerentanan (vulnerability) dan adaptasi perubahan iklim. Pelan mitigasi akan meliputi semua sektor yang menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca iaitu sektor tenaga, pengangkutan, proses industri dan penggunaan produk, pertanian, tukar guna tanah dan perhutanan serta sektor pengurusan sisa manakala tindakan adaptasi akan memfokuskan kepada jaminan sumber air, kesihatan, impak kenaikan aras laut ke atas sosioekonomi dan jaminan sumber makanan.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Dasar Perubahan Iklim
JABATAN/AGENSI
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Kementerian Perusahahan Utama (MPI), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kerajaan – Kerajaan Negeri
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Pelaksanaan Kajian Peningkatan Aras Laut
  • Sesi konsultansi kajian peningkatan aras laut telah dilaksanakan.
  • Pelaksanaan Kajian Peningkatan Kajian Peningkatan Aras Laut disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Penyediaan Pelan Komunikasi
Pelaksanaan Penyediaan Pelan Komunikasi disasarkan pada suku tahun kedua
  1. Pelaksanaan Pelan Komunikasi
Pelaksanaan Pelan Komunikasi disasarkan pada suku tahun kedua dan ketiga
  1. Memohon pembiayaan Readiness Adaptation di bawah Green Climate Fund
Pelaksanaan permohonan pembiayaan Readiness Adaptatio di bawah Green Climate Fund disasarkan pada suku tahun keempat