SEKTOR ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

TERAS 4: MENANGANI PERUBAHAN IKLIM

INISIATIF 60 (4.7): MENINGKATKAN RaINS FORECASTING TOOL BAGI AMARAN BENCANA

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Hong Kong Observatory telah berjaya membangunkan sistem ramalan semasa (nowcast), Short-range Warning of Intense Rainstorms in Localized Systems (SWIRLS) setiap 10 minit sehingga 3 jam ke hadapan. Atas inisiatif MetMalaysia, pembangunan secara dalaman dilaksanakan bagi menambah baik sistem SWIRLS dengan menghasilkan Radar Integrated Nowcasting System (RaINS). Sistem ramalan semasa ini akan membantu meningkatkan keupayaan pengeluaran amaran ribut petir yang lebih jitu bagi kesejahteraan sosioekonomi negara. RaINS yang beroperasi sejak Ogos tahun 2017 mengguna pakai teknologi termaju dengan menggabungkan (blending) data-data dari rangkaian radar cuaca dan model ramalan numerikal atmosfera janaan Sistem High Performance Computing Jabatan Meteorologi Malaysia. RaINS berupaya menghasilkan unjuran pergerakan dan intensiti hujan untuk setiap 10 minit sehingga 3 jam ke hadapan. Ramalan semasa RaINS dapat diakses melalui aplikasi mobil myCuaca dan laman web www.met.gov.my.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Bahagian Perkhidmatan STI dan Pembudayaan (PSTI)
JABATAN/AGENSI
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Pusat STEM Negara
  • KPI
    STATUS PENCAPAIAN
    (SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
    1. Integrasi data radar daripada 12 stesen radar dan data ramalan numerikal cuaca setiap 10 minit
    Integrasi dengan data MMD-WRF 2 kali sehari dicapai 25% dan disasarkan akan mencapai 90% sehingga suku tahun keempat.
    1. Latihan bagi meningkatkan kompetensi pegawai
    10 orang pegawai telah menerima latihan dan seterusnya disasarkan pada suku tahun keempat