ISU-ISU STRATEGIK

TERAS 1: PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

INISIATIF 68 (1.2): MENGURANGKAN BIROKRASI BAGI PROSES/PROSEDUR YANG MELIBATKAN SYARIKAT LUAR/ ORANG AWAM

LEMBARAN FAKTA
PENERANGAN INISIATIF
Inisiatif ini adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi yang dihadapi oleh syarikat/ orang awam apabila berurusan dengan Jabatan/agensi di MESTECC supaya sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan amnya dan MESTECC khasnya akan lebih cekap dan berkesan.
BAHAGIAN/ JABATAN/ AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN
Unit Integriti
JABATAN/AGENSI
Ketua Unit Integriti / Unit Integriti Jabatan / Pegawai Penyelaras di setiap Jabatan/Agensi
PEMEGANG TARUH BERKAITAN
Syarikat/orang awam yang berurusan dengan MESTECC
KPI
STATUS PENCAPAIAN
(SEHINGGA SUKU TAHUN PERTAMA)
  1. Maklumat senarai semua proses/ prosedur yang melibatkan syarikat luar/ orang awam
53 proses/ prosedur yang melibatkan syarikat luar/ orang awam telah disenaraikan
  1. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan penambahbaikan
14 Agensi telah dikenalpasti untuk melaksanakan penambahbaikan melalui 3 siri mesyuarat dan perbincangan
  1. Penambahbaikan prosedur oleh Jabatan/Agensi
Mengurangkan sekurang-kurangnya 30% masa/penggunaan dokumen/ borang/ kadar ulang alik pelanggan untuk menyelesaikan sesuatu prosedur/ permohonan pada suku tahun kedua sehingga suku tahun keempat